Saturday, November 15, 2008
keluargaku harapanku
semua orang pastinya ada keluarga(sesetengah)saya pun ada....gambar keluarga saya ini diambil pada raya tahun lepas.Tema baju raya ialah unggu dan hijau.Gambar bayi di atas adalah gambar adik bongsu saya yang dlahirkan pada 27/11/2007.Inilah keluarga saya tersayang...
Sunday, November 9, 2008
perpisahan
Minggu ini adalah minggu terakhir di sekolah bersama kawan-kawan.Peperiksaan baru sahaja berlalu.Esok,kelas kami akan mengadakan jamuan akhir tahun.Minggu ini juga merupakan minggu terakhir buat pelajar tahun 6.Giliran kami pula akan tiba pada tahun hadapan.Inshaallah...Cuti sekolah semakin hampir.Isikan dengan perkara-perkara berfaedah.salam...
Tuesday, September 23, 2008
ramadhan bulan yang mulia
1. Mengucapkan Sealmat Mnymbut Bulan Ramadhan
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
3.Niat puasa pada permulaan Ramadhan
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhiir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
5. Berazam melakukan Tarawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6. Bertadarus
7. Solat berjemaah setiap waktu di surau/masjid (dengar tu lelaki!)
8. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
9. Sahur di waktu akhir
10. Elakkan makanan tidak hadam semasa sahur spt pedas dan tutup sahur dengan susu
11. Mandi Janabat sebelum imsak
12. Kurangkan tidur (oops :D)
13. Jaga pancaindera
14. Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka (nak tau x, bau mulut orang yang berpuasa kat syurga nanti lebih harum dari bunga kasturi, klau x silap lerr... )
15. Hadiri majlis ilmu
16. Banyakkan bersedekah
17. Mula berbuka dengan 3 biji kurma
18. Jemput tetamu berbuka
19. Kurangkan berat badan
20. Banyakkan i’tikaf di masjid
21. Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan
22. Elakkan berbelanja berlebih-lebihan
23. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
24. Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
25. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
26. Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri di siang hari (hehe)
27. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup/ yang meninggal dunia
28. Elakkan banyak berhutang
29. Elakkan dari pandangan rambang sewaktu membeli juadah berbuka puasa
30. Mengeluarkan zakat fitrah
(harap dapat mengikuti amalan x2 di atas)